Saturday, 9 May 2015

Hiasan Jiwa


assalamualaikum. pertamanya alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis demi da'wah Islamiyyah untuk tatapan semua. kali ini istimewa sedikit kerana kami membawakan video untuk tontonan anda. boleh lah tengok ^_^


sedikit penjelasan :


Business atau berniaga memang sangat dituntut dalam Islam bahkan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Baginda amat menitikberatkan soal sifat mazmumah dalam etika perniagaan. Baginda sangat jujur, berhemah, amanah dalam pekerjaan yang baginda lakukan. Dari situ, kami mendapat idea untuk menghasilkan video pendek tentang perniaagaan. Seperti yang sudah sedia maklum, perniaagan kini ada antaranya sudah hilang sifat ketelusan. Ini sangat dikesali. Ada yang menipu, tidak amanah malah bertindak kasar terhadap pelanggan. Berniaga juga bukanlah merangkumi segenap aspek sahaja bahkan seantero aspek. Bermaksud, berniaga bukanlah hanya menjual barang tapi ilmu juga perlu dijual (berkongsi) untuk menyucikan jiwa insaniah secara percuma. Perkara ini sangat dituntut Allah SWT dan Rasulullah SAW. Saksikanlah kerana Allah. wallahua'alam..

Saturday, 2 May 2015

Waktu Berpacu Deras



Waktu berpacu cepat,
Di lorong balapan hayat,
Menuju ke garisan penamat,
Detik bergegas pantas melesat.

Di balapan hayat ini,
Kita menjadi manusia terburu,
Selalu tidak pasti apa diserbu,
Menambah restu atau keliru?

Di balapan hayat ini,
Kita mendapat piala dihasrat
Tetapi selalu keliru apa didapat
Membawa berkat atau laknat?

Kita selalu berikrar mengejar syumul,
Tetapi tidak jelas apa yang mahu dikumpul,
Kita selalu berjanji mengamalkan wasatiah,
Tetapi terlanjur hidup bermewah megah,
Kita selalu berkata mahu bergaya sederhana,
Tetapi masih leka memburu syurga dunia.

Kita menghampiri ke garis akhir,
Dalam satu lumba kembara safir,
Tetapi masih kerap tergelincir,
Tersadung di pagar takdir.

create by: AZMI YUSOFF

Selagi Ada Iman



     Ahli syurga masuk kedalam syurga dan ahli neraka masuk ke dalam neraka. Kemudian Allah berfirman, "keluarkan siapa yang dalam hatinya terdapat keimanan seberat biji sawi."
 
     Kemudian mereka dikeluarkan dari neraka dalam keadaan hitam. Kemudian mereka dilemparkan ke dalam sungai kehidupan. Lalu mereka tumbuh sebagaimana benih tumbuh di tepi laluan air. Tahukah kamu bahawa tumbuhan tersebut keluar dengan kekuning-kuningan dan dalam keadaan lemah?

(Riwayat al-Bukhari)