assalamualaikum semua..
Di pagi yang penuh barakah ini, salam sayyidul ayyam penghulu segala hari. hendak dikisahkan istimewanya hari jumaat ini sangat banyak. Namun saya hendak berkongsi 1 sahaja bahawa hari jumaat berlakunya hari kiamat (boleh rujuk pihak yang pakar jika mahukan kepastian). namun hal yang demikian, kuasa ALLAH MAHA BESAR. ALLAH berhak menentukan segalanya.
"THE WORLD CREATED BY ALLAH"
GAMBARAN SAHAJA
Oleh itu, mari kita persiapkan iman dan taqwa sebagai bekalan di Akhirat sana.
Soalan yang dulu dilazimi oleh para sahabat sesama mereka tetapi telah kita tinggalkan budaya itu adalah dengan sering bertanya :
"APA KHABAR IMANMU HARINI?"
Dalam dunia yang penuh fitnah kini telah banyak menghanyutkan ramai orang. Kita ini sering memerlukan antara satu sama lain dengan memberi dan menerima peringatan.. Maka sentaklah diri kita dan teman-teman dengan pertanyaan ini. Biar kita jauh dari fitnah yang menyebabkan tercabutnya iman dalam jiwa.
"UBAH DIRI DENGAN MENGAJAK ORANG LAIN"
Para pembaca yang budiman sekalian, sebelum ini saya telah postkan tokoh ilmuwan yang tidak asing lagi pada mata masyarakat. Beliau telah membawa seribu perkara hasanah dalam memimpin rakyat ke arah memimpin dalam beragama. Beliau sangat terkenal dengan sifat yang sangat rendah diri. Namun, Allah lebih menyayangi beliau. Pada tarikh 12 FEB 2015, hari yang begitu sugul, beliau telah dijemput Illahi. Sama-sama sekali lagi kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato NIk Aziz NIk Mat.
"AL-FATIHAH"
Saya dengan dukacitanya menangguhkan seketika cerita tentang TGNA. Sukacita saya hendak berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang inspirasi khutbah Rasulullah SAW.
"WAHAI RASULULLAH SAW! WALAUPUN TIDAK DAPAT MENDENGAR DARIPADA BIBIRMU YANG MULIA, NAMUN KAMI TETAP MENGAMBIL ISNPIRASI DARIPADA KHUTBAH-KHUTBAHMU"
"TAKUTKAN ALLAH SWT ADALAH MOTIVASI TERBAIK"
Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, Abu ad-Darda' r.a menceritakan, dia pernah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah di atas mimbar. Kata Baginda:
"DAN ORANG YANG TAKUT AKAN KEADAAN DIRINYA DI MAHKAMAH TUHANNYA (UNTUK DIHITUNG AMALANNYA), DISEDIAKAN UNTUKNYA 2 BUAH SYURGA."
(surah ar-Rahman, 46)
Lalu Abu ad-Darda' berkata "bagaimanakah sekiranya dia berzina ataupun mencuri, wahai Rasulullah?"
Sekali lagi Rasulullah SAW membaca ayat berikut, "DAN ORANG YANG TAKUT AKAN DIRINYA DI MAHKAMAH TUHANNYA (UNTUK DIHITUNG AMALNYA), DISEDIAKAN BAGINYA 2 BUAH SYURGA"
Abu ad-Darda' bertanya kali yang kedua "bagaimanakah sekiranya dia berzina ataupun mencuri, wahai Rasulullah?"
Untuk kali yang ketiga, Baginda berkata "DAN ORANG YANG TAKUT AKAN DIRINYA DI MAHKAMAH TUHANNYA (UNTUK DIHITUNG AMALNYA), DISEDIAKAN BAGINYA 2 BUAH SYURGA"
(Hadis Riwayat Ahmad)
Inspirasi khutbah :
- Ketakutan seorang hamba kepada Penciptanya adalah dorongan yang terbaik untuk melakukan lebih banyak ibadah dan amalan.
- Ketakutan kepada Allah juga menyebabkan seorang hamba meninggalkan sejauh-jauhnya maksiat dan dosa yang dilarang-NYA.
- Mereka yang mengaku takutkan Allah, tetapi berterusan melakukan dosa adalah ketakutan yang palsu.
- Mereka yang takutkan Allah tidak mungkin tega meninggalkan kewajipan yang difadhukan ke atas mereka. malah, mereka pasti mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh.
sekian untuk kali ini ^_^ jzkk