video ini membawa kita ke arah sifat kendiri yang lebih jelas. Bermaksud jadi diri sendiri dan tak perlu menjadi orang lain. Dan turut boleh dijadikan lagu motivasi buat ummah sejagat.
Assalamualaikum buat para pembaca yang dirahmati Allah sekalian. mari sama-sama kita rafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah SWT kerana limpah kurnia dan rahmatNYa dapat kita bernafas dengan lancar sehingga ke harini dengan lafaz "ALHAMDULILLAH"
Harini saya ingin berkongsi dengan semua tentang dosa. apakah yang dimaksudkan dengan dosa? bagaimanakah perlakuan kita sehingga kita mendapat dosa?
Maka jawapannya sangat mudah. Dosa adalah balasan daripada Allah. Apabila kita melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah maka sekaligus kita mendapat dosa. Kita wajib bertaubat.
Al-Mughirah bin Syu'bah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Allah mengharamkan kamu menderhaka terhadap kedua-dua ibu bapa, menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup, menahan hak yang sepatutnya diberikan dan mengambil apa yang bukan haknya. Dia juga tidak sukakan perbuatan mengumpat, banyak bertanya dan membazirkan harta sewenang-wenangnyya."
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
7 DOSA BESAR YANG DIBENCI ALLAH
- Menderhaka terhadap ibu-bapa.
- Dosa paling besar seorang anak terhadap ibu-bapanya, selepas syirik kepada ALLAH SWT.
- Menguburkan anak perempuan hidup.
- Membunuh anak-anak kerana kemiskinan atau jantina atau kerana mengandung tanpa nikah.
- Merampas hak orang lain.
- Mencuri, merompak, menipu dan memperdaya sama ada tangan atau menggunakan teknologi seperti 'hacker'.
- Mengumpat.
- Mendedahkan keaiban orang lain, menfitnah, menyebarkan khabar angin dan bermulut jahat, cara mudah mendapat dosa dan mengundang kemarahan ALLAH SWT.
- Terlalu banyak bertanya.
- Sikap bertanya bagi mengelak daripada melakukan arahan ALLAH adalah sikap yang diwarisi daripada bangsa yahudi, yang menjadi bangsa terlaknat.
- Membazirkan harta.
- Menggunakan anugerah dan rezeki ALLAH secara berlebihan seolah-olah semua harta tersebut diperoleh dengan tangan sendiri, hanya membawa kemurkaan ALLAH.
sharing is loving <3
No comments:
Post a Comment