Assalamualaikum WBT..
Senyum membawa seribu makna jika apa yang disenyumkan seikhlas hati. Mudahnya senyum ini dilakukan pada orang. Namun, susah juga untuk melontarkan senyuman oleh sesiapa yang sedang dirundung masalah. Ikhwah sekalian, perihal senyum sangat istimewa. Bayangkan anda senyum pada orang lain dan orang itu mendoakan anda. Automatik, anda punya manfaat yang sempurna.
Senyum bukan untuk dipaksa tapi direlakan bagi diri anda sendiri. Kuasa senyum bukan untuk dilihat tapi untuk dialami. Anda sudah senyum harini? pasti anda tertawa melihat gambar adik comel ini bukan? anda sudahpun tersenyum. Tahniah!
senyummmmmmmmmmmmmmmmmm ^_^
Rasulullah SAW bersabda :
" Antara kebahagiaan seseorang anak Adam itu adalah apabila dia redha dengan apa yang ditetapkan Allah kepadanya. "
(riwayat Sa'ad bin Abi Waqqas)
sedikit perkongsian harini :
2 nikmat yang dikecapi oleh orang yang redha dengan takdir Allah SWT :
- Meningkatkan Ibadah.
- Mensyukuri pemberian Allahapabila mendapat nikmat. Dia juga akan melipatgandakan ibadahnya kepada Allah apabila ditimpa masalah sebagai tempat pengharapan dan meminta bantuan.
- Ketabahan
- Manusia akan lebih tabah menerima ujian dan tidak membenci Allah atas musibah yang telah ditimpa keatasnya kerana mengganggap apa yang berlaku adalah ujian Allah SWT kepada hambaNya yang beriman.
terima kasih semua atas luangan masa :) jzkk
No comments:
Post a Comment